SeLaMat DaTang Ke SingGaHan IlMu

  -  

Aku Hamba Hina.. Mengharap Redho Tuhannya.. Jua Keampunan Dosa.. .. Cintakan aku Dengan KecintaanMu.. Kerana Itulah Yang Selayak BagiMu.. Apalah Yang Ada Padaku Melainkan Segalanya KurniaanMu


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Capaian Alternatif:


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Jumlah Pengunjung



rss feed





Demi Masa!

Tafakkur..:

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan
 

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Sabda Nabi saw: "Barangsiapa yang mati sedang dia tidak pernah berperang, dan tidak pernar berbisik kepada dirinya sendiri tentangnya, sesungguhnya dia telah mati di atas salah satu cabang munafiq."
(riwayat Muslim: 1910)

Thursday, January 11, 2007
Tanwir al-matlab fi ma’rifah qawa’id al-mazhab inda al-ikhtilaf wa al-idhtirab.

Saya sebenarnya tak berapa mahir sangat tentang selok-belok mazhab pun, ada la sorang sahabat tu suruh saya cerita kat dia tentang perbezaan antara al-Syekh Ahmad bin Hajar al-Haitamiy dan al-Syekh Muhammad bin Ahmad al-Ramliy dari ulama al-shafi'iyyah. Jadi segala kesilapan fakta dan maklumat ketika menaqal harap diperbetul.

 

Dalam setiap mazhab yang diikut, ia mempunyai qaedah-qaedah tertentu yang wajib kita turut supaya kita tidak berlaku kecelaruan. Ulama mengatakan: "man lam yaqra' al-muhazzab ma 'arafa qawaid al-mazhab – barangsiapa yang tidak membaca kitab muhazzab nescaya dia tidak mengetahui kaedah-kaedah mazhab". Tapi yang saya nak tulis ni bukanlah bererti saya dah baca semua jilid kitab muhazzab tu, sekadar menaqal dari ringkasan para ulama jah.

 

Saya tidak langsung ingin membuat perbandingan antara al-Syekh Ahmad bin Hajar al-Haitamiy dan Muhammad bin Ahmad al-Ramliy dari segi keilmuan kerana kedua-duanya adalah ulama' al-ummah yang ulung. Cuma kita akan melihat serba sedikit perbezaan peranan mereka dalam mazhab dan kata-kata ulama' mengenai mereka.

 

al-Syekh Ahmad bin Hajar al-Haitamiy.

Nama beliau al-imam al-allamah shihab al-din abu al-abbas ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-haitamiy al-Sacdiy al-ansariy al-shafi'ie al-masriy, kemudian pada 940H beliau menetap di Makkah dan manggunakan laqab al-makkiy. Beliau dilahirkan pada 899H / 909H di Mahallah abi al-Haitam di iqlim al-Gharbiyyah di Mesir (ada bnyk pendapat tentang tarikh kelahiran, kalau ikut pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 899H, bermakna beliau sempat berguru dengan Imam al-Suyutiy yang wafat pada 911H). Mula menuntut ilmu di maqam Sidi Ahmad Badawi. Pada umur 14 tahun beliau memasuki al-Azhar. Antara guru-gurunya ialah Syekh al-Islam Zakariya al-Ansariy (anak murid Ibn Hajar al-Asqalaniy), Shams al-Din al-Allamah al-Samhudiy, Shihab al-Din al-Luqaniy (saya pun tak pasti al-Luqaniy yang mana, kalau sahib Jauharah al-Tauhid namanya Ibrahim al-Luqaniy yang wafat pada 1041H), Shihab al-Din al-Bulqiniy, Shihab al-Din al-Shafi'ie al-Ramliy, al-Amin al-Ghamriy (anak murid Ibn Hajar al-Asqalaniy), Imam al-Suyutiy dan ramai lagi. Tidak sampai umurnya 20an beliau telah diberi kepercayaan mengajar dan memberi fatwa oleh guru-gurunya. Meninggal pada tahun 973H / 974H di mekah dan di makamkan di sana. rumuz Ha Jim digunakan bagi merujuk kepada Ibnu Hajar dalam kitab-kitab fiqh al-Shafi'ie. Digelar sebagai Umdah al-Muta'akhkhirin.

 

al-Syekh Muhammad bin Ahmad al-Ramliy.

Beliau ialah Shams al-Din Muhammad bin Ahmad bin Hamzah al-Ramliy al-Ansariy (anak). Terkenal dengan gelaran al-shafi'ie al-saghir. Bapanya juga merupakan ulama besar dalam mazhab al-Shafi'ie. Apabila disebut shihab al-Din al-Ramliy ia merujuk kepada bapanya atau dengan rumuz di dalam kitab fiqh iaitu al-Shihab Mim Ra' (bapanya wafat pada 957H). Rumuz Mim Ra' digunakan bagi merujuk kepada Imam Muhammad al-Ramliy (anak). Dilahirkan pada 919H. Ada disebut di dalam kitab Abjad al-Ulum bahawa al-Ramliy adalah murid kepada al-Suyutiy, mungkin al-Ramliy disini ialah al-Ramliy (bapa) disebabkan imam al-Ramliy (anak) lahir selepas kewafatan imam al-Suyutiy. Disebut di dalam al-Khaza'in al-Saniyyah. Imam Muhammad al-Ramliy adalah mujaddid kurun ke-10. Banyak mempelajari ilmu dari bapanya. Beliau wafat pada 1004H. Terjemah riwayat hidup Imam Muhammad al-ramliy ni saya tak dapat cari secara ditil, sebab tak banyak sumber.

 

Ikhtilaf al-Sheikhain.

Dalam mazhab al-shafi'ie, al-syekhain merujuk kepada Imam al-Rafi'ie (623H) dan Imam al-Nawawi (676H). Bagi muta'akhkhirin al-shafi'iyyah, ia merujuk kepada Ibnu Hajar dan Muhammad al-Ramliy. Ukuran ulama' muta'akhkhirin ialah ulama yang muncul selepas zaman imam al-Nawawi dan Imam al-Rafi'ie. Manakala ulama sebelum mereka ialah termasuk golongan al-mutaqaddimin.

 

Perselisihan pendapat antara Ibnu Hajar dan Muhammad al-Ramliy ni sudahpun dikumpul oleh al-Syekh Ali bin Ahmad dalam kitabnya Ithmid al-Ainain Fi Ba'd Ikhtilaf al-Syekhain yang dicetak bersama kitab Bughyah al-Mustarshidin karangan al-Sayyid al-Sharif Abd al-Rahman bin Muhammad yang masyhur dengan "Ba'lawi". Khilaf ini kebnyakan dikutip dari kitab Bushra al-Karim bi Sharh Masa'il al-Ta'lim bagi pengarang Al-Shekh Sa'id bin Muhammad Ba'shan iaitu sharah kepada al-Muqaddimah al-Hadaramiyyah.

 

Dalam konteks perselisihan pendapat antara Ibnu Hajar dan Muhammad al-Ramliy, kebanyakan ulama Mesir berpegang dengan pendapat imam Muhammad al-Ramliy terutama kitabnya yang bernama nihayah al-Muhtaj kerana kitab tersebut telah dibaca kepada pengarangnya oleh lebih 400 orang ulama' dalam menjalani proses pentashihan. Kebanyakan kitab-kitab hashiyah muta'akhkhirin muafaqat dengan pendapat Imam al-Ramliy.

 

Bagi ulama Hadaramaut, Sham, al-akrad, Daghistan (negeri blh khurasan la kot), yaman, dan Hijaz, kebanyakan berpegang dengan pendapat Ibnu Hajar terutamanya kitab Tuhfah al-Muhtaj kerana ia lebih merangkumi nas-nas Imam al-Shafi'ie dan dibaca oleh ulama' muhaqqiqin yang terlalu ramai. Kemudian diikuti karangan-karangan beliau yang lain mengikut turutan iaitu Fath al-Jawwad kemudian al-Imdad kemudian al-I'ab sharh al-Ubab (beliau tidak sempat menghabiskan sharah tersebut) dan akhirnya fatwa-fatwanya. Al-Kurdiy menyebut: berfatwalah dengan Fath al-Jawwad dan al-Imdad kerana kedua-duanya kebanyakkannya muafaqat dengan pendapat Imam al-Ramliy.

 

Bagi mufti yang berkeahlian dalam mentarjih, dia hentaklah mentarjih pendapat yang rajih dalam mazhab yang dipegang oleh para imam-imam mazhab, tidak boleh mentarjih pendapat yang doif sekalipun ianya rajih pada pandangannya. Ini kerana ia ditanya tentang pendapat yang rajih dalam mazhab dan bukan pendapat yang rajih di sisinya. Di samping itu, para mufti harus melihat keadaan orang yang bertnya. Sekiranya ia adalah dari kalangan yang kuat berpegang dangan pendapat yang shadid maka hendaklah dia berfatwa dengan pendapat yang shadid kerana ianya lebih ihtiyat. Jika tidak maka dengan pendapat yang lebih ringan agar orang yang bertanya tersebut tidak meninggalkan terus hukum tersebut kerana dianggap terlalu berat. Ketika ditanya kepada al-imam al-allamah al-sayyid abd al-rahman Balfaqih tentang perselisihan yang berlaku antara Ibnu Hajar dan ulama-ulama yang sezamannya lalu dijawab: ikutlah sesiapa yang kamu ingin kerana mereka semuanya adalah berkemampuan. WalLahua'lam.

 

Rujukan:

1. Hashiyah I'anah al-talibin.

2. maklumat tahummuka haula asbab al-Ithtila baina al-fuqaha'.

3 al-sawa'ic al-Muhriqah.

4. al-Khaza'in al-Saniyyah.

5. al-Madkhal ila Dirasah al-mazahib al-fiqhiyyah.

6. al-Fawa'id al-Makkiyyah.

7. ithmid al-ainain fi Ba'd Ikhtilaf al-Shekhain.


Posted at 02:59 am by al-kauthari
Pendapat Anda?  

Wednesday, January 10, 2007
Mangsa korban amerika seterusnya…

Pergolakan politik dunia yang melibatkan negara-negara Islam sejak akhir-akhir ini begitu menyesakkan.. sesak bagai tidak boleh berbuat apa selain berdoa. Betul kah kita tidak boleh berbuat apa-apa??.. kadang-kadang timbul kerunsingan dalam benak saya kehinaan demi kehinaan tertimpa kepada umat Islam hari ini… mengapa?

 

Dalam seminggu dua ni kita menyaksikan amerika yang dipimpin oleh bush sudah beralih arah ke negara Islam seterusnya.. iaitu Somalia. Begitulah tabiat syaitan durjana bush setelah menghancur dan memporak-perandakan Iraq dia terus mencari mangsa baru untuk menghancurkan negara umat Islam. Terbaru, amerika telah pun menghantar tenteranya dan melepaskan tembakan ke arah bangunan yang dituduh sebagai pusat gerakan al-Qaedah sehingga menyebabkan bebarapa penduduk terbunuh…

 

Saya dan anda sudah tentu tidak lupa bagaimana rentetan amerika menghancurkan negara-negara milik umat Islam. Bermula di Afghanistan, dengan dakwaan bahawa kerajaan Taliban bekerjasama dengan al-qaeda yang dipimpin oleh osama ben ladin, lalu dihantar askar-askarnya menentang kerajaan Taliban habis-habisan. Gunung-ganang habis dibom kerana didakwa tempat persembunyian ben ladin. Bin ladin tidak ditemui tetapi kerajaan Taliban runtuh yang naik memerintah hamid karzai..

 

Kemudian bush laknatullah alaih terus beralih ke Iraq. Dengan alasan mahu menghentikan program senjata kimia Iraq, sekali lagi kesempatan untuk menghancurkan sebuah lagi negara umat Islam digunakan sebaik mungkin. Lalu runtuhlah kerajaan Saddam yang dahulunya berdiri megah dengan kuasa kediktatorannya. Lalu naiklah kepimpinan seperti hamid karzai di Afghanistan.. pilihan amerika. Tetapi di Iraq ianya tidak bertahan lama setelah pilihanraya diadakan. Maka naik Nouri al-Maliki dengan pilihan rakyat, namun kemelut dalaman yang tidak pernah aman terus berlarutan.

 

Sekarang Somalia menjadi tumpuan. Apakah patut seorang yang telah kalah dalam pilihanraya sanggup meminta tolong negara jiran yang kafir untuk melawan kumpulan Islam yang memenangi pilihanraya?.. begitu teruk sekali perangai orang yang tidak inginkan Islam memerintah. Pelbagai jalan di ambil bagi menghentikan penguasaan Islam. Menurut maklumat yang saya dapat, penduduk Somalia 100% adalah beragama Islam dan mereka bermazhab Shafi'ie. Abdullahi Yusuf yang sudah pun kalah sepatutnya berundur dan memberi laluan parti pilihan rakyat untuk memerintah, tapi sebaliknya yang berlaku dia telah meminta bantuan Habsyah sebuah negara kristian untuk menyerang kumpulan Islam. Bahkan dia mengalu-alukan tanda sokongan kepada tindakan amerika yang menyerang bangunan yang didakwa milik pejuang al-Qaedah.

 

Kenapakah sampai bergitu sekali sikap kebanyakan pemimpin umat Islam? Kenapa mereka tidak sanggup menerima kekalahan? Sikap sebegini hanya mengundang kerugian kepada umat Islam. Kita lihat sahaja apa yang berlaku di Palestin. Mahmud Abbas yang memimpin PLO sudah 'terlupa' bidang kuasanya. Sepatutnya kerajaan Hamas pimpinan Ismail Hanieyeh yang telahpun memenangi pilihanraya layak memerintah. Yang lebih menyedihkan saya lagi apabila kerajaan kita pun tidak melayan kerajaan Hamas seperti yang sepatutnya. Suatu perjumpaan menteri-menteri luar telah dianjurkan di Malaysia tidak lama dahulu. Bagi Palestin, kedua-dua wakil Hamas dan PLO dijemput, tetapi yang diberi kesempatan berucap sebagai wakil kerajaan Palestin ialah perwakilan dari PLO, Hamas dipinggirkan.. hingga sekrang Hamas dan PLO terus bertelagah, Yahudi laknatuLlah alaihim tepuk tangan..

 

Islam takkan menang kalau masih ada lagi pemimpin-pemimpin seperti ini. Pemimpin sepatutnya menerima amanah sebagai satu tanggungjawab. Jika ini yang berlaku pasti tidak wujud perbalahan lagi. Ia bermula dari peringkat bawah, peringkat pemilihan. Yang di atas takkan duduk kat atas kalau orang bawah tak pilih. Dan orang yang memilih mesti tidak berganjak dari pilihannya walau apa terjadi.. Hidup mulia, mati syahid. itu pilihan kita, pilihan kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri yang dituntut oleh Islam dan mampu membawa Islam ke tempatnya.

 

Dalam kes Somalia, kita mengharapkan semua pemimpin umat Islam bersatu. OIC janganlah 'o…. I see' sahaja. Bertindaklah, buat sesuatu sebelum terlambat. Kita tidak mahu negara saudara kita satu persatu lebur di tangan musuh Islam. PM kita selaku presiden oic pasti membaca sepotong hadith yang bermaksud "setiap pemimpin akan di tanya tentang kepimpinannya".. kita menyokong semua tindakan yang dapat menjaga maslahah umat Islam.

 

kita amat menyayangi saudara-saudara seagama kita. Kita tidak rela melihat mereka dibuat sepeti barang yang tiada harganya. Mahu dibunuh lalu dibunuh begitu sahaja. Mereka adalah tanggungjawab kita.. semoga kita termasuk dalam golongan beriman. Nabi menyebut "tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"..


Posted at 03:11 am by al-kauthari
Pendapat Anda?  

Friday, January 05, 2007
Kenapa mesti bersatu?

Ya!! Umat Islam mesti bersatu.. sbb itulah saranan Allah dan Rasul.

 

Bila terkenangkan zaman kegemilangan Islam, pastinya ia sesuatu yang membanggakan. Tapi 'terkenang' saya hanya sekadar melalui gambaran buku-buku sejarah yang saya baca aja la sebab celik-celik mata tengok umat Islam dah kucar-kacir. Dulu umat Islam begitu kuat sehingga menundukan kuasa-kuasa besar dunia (rom dan parsi.. mungkin lambang kuasa timur dan barat yang sekarang ni blh kita kata amerika dan china la kot). Ke'izzah'an umat Islam ketika itu tidak ada tolok bandingnya.. namun ianya sudahpun berakhir dengan kejatuhan empayar turki othmaniyyah 1924.

 

Walaupun perpecahan umat Islam sudah pun berlaku sejak awal perkembangan Islam tetapi ia masih boleh dikawal hinggalah berlakunya fitnah kubra dengan Sy. Uthman r.a menjadi mangsa korban. Dan bermula dari detik itulah umat Islam terus melakar sejarah hitam dengan bercakaran  sesama sendiri hingga ke hari ni. (istilah 'bercakaran' ni nampak serius skit..)

 

Dalam konteks kat Malaysia sendiri pun sudah cukup, kita boleh buat penilaian. Mungkin terlalu kompleks untuk dihuraikan secara ditil kesatuan yang bagaimanakah yang kita cari..Bagi saya, biarpun berbilang-bilang jamaah tetapi umat Islam harus mempunyai kesatuan hadaf dan matlamat iaitu semuanya mahu meletakan Islam yang kita cintai pada tempat yang paling tinggi dan sewajibnya perkara inilah menjadi perkara yang paling penting dari yang lain-lain. Tiada keuntungan yang mahu dikaut, tiada kedudukan yang ingin dikejar, tiada pengikut yang mahu dikumpul! Lagipun agak mustahil untuk kita gabungkan semua jamaah di Malaysia menjadi satu kerana latar belakang dan gerak kerja yang berlainan.

 

Dengan kesatuan umat 'berkemungkinan' Islam boleh berjaya dan dihormati (kalau tak ada faktor penghalang yang lain). Dan seperkara yang kita kena paham, kesatuan tidak bererti ramai. Sejarah membuktikan golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai. Apatah lagi kita di Malaysia yang majoritinya adalah umat Islam, berdasarkan hukum aqal daripada dalil iqtiran antara sebab dan musabab kita sepatutnya dah menang dan mampu untuk menobatkan Islam ditempat tertinggi!.. tapi apa la silapnya masih belum diketemukan.

 

Sejak membaca kitab karangan al-Shekh Muhammad al-Ghazali  (rahimahulLah) yang bertajuk Wahdah Thaqafiyyah Baina al-Muslimin, terdetik di hati saya untuk melihat umat Islam bersatu-padu khususnya umat Islam di Malaysia.. ia pastu sesuatu nikmat yang sangat indah! Tanggungjawab memelihara dan membantu agama Islam adalah terpundak di setiap bahu umat Islam. Untuk itu setiap umat Islam wajib bersatu-padu, barulah kita mampu menjadi umat yang kuat, izzah dan dihormati…….


Posted at 02:12 am by al-kauthari
Pendapat Anda?  

Wednesday, January 03, 2007
Tabyin al-Umuur wama fiha min al-Ghuruur.

Ilmu dan ulama.

 

Al-imam abu al-mawahib Abd al-wahhab bin Ahmad bin Ali al-shafi'i al-masriy yang lebih dikenali dengan al-Sha'raniy dalam kitabnya menasihat kepada para ulama sekurun dengannya dan kurun-kurun yang mendatang supaya kembali mencontohi akhlak para salaf al-salih. Antara katanya:.

 

"tidak seorang dari kalangan mereka keluar untuk mengajar kecuali sesudah mereka menguasai ilmu-ilmu shariah sekira-kira mereka telah meneliti seluruh dalil-dalil mazhab-mazhab samada mazhab yang telah lenyap mahupun yang masih digunakan pada hari ini".

 

Mungkin ucapannya itu lebih sesuai ditujukan kepada golongan yang sedang menuntut ilmu supaya jangan terlalu bersemangat untuk turun dalam masyarakat sedang ilmu masih belum penuh di dada.

 

Akhlak salaf al-salih saling tolak-menolak kepada orang lain apabila ditanya tentang sesuatu masalah, mereka tidak suka memberi fatwa. Bahkan lebih hebat daripada itu mereka tidak akan berhimpun lebih dari empat orang melainkan mereka akan meninggalkan majlis tersebut. Mereka tidak gemarkan kemasyhuran. Begitulah akhlak salaf- al-salih yang lebih senang menyepi diri. Amat berbeza dengan kita hari ini yang kadang-kadang menganggap kita tahu segala-galanya.

 

Sesungguhnya hakikat ilmu adalah milik Allah, Ia memberikannya kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sesetengah orang hanya menganggap ilmu ialah tulisan yang tercatat di dalam kitab-kitab lalu berlumba-lumbalah mereka menghimpunkan kitab, setengah yang lain menganggap ilmu itu seperti suatu maklumat yang yang diketahui lalu mereka berusaha untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih dari orang lain. Setengah yang lain menganggap ilmu ialah memahami makna lafaz lalu mereka mendalami makna-makna sedalam-dalamnya. Ilmu sebenarnya ialah sesuatu yang memberi manfaat kepada pemiliknya barulah dapat dianggap sebagai ilmu. Ia dapat dilihat dengan tanda-tandanya. Orang berilmu semakin bertambah takutnya kepada Allah. Semakin mengiktiraf kekurangan diri. Semakin merasa kehinaan. Inilah yang dikatakan hakikat ubudiyyah. Allah berfirman:

 

" sesungguhnya yang takut kepada Allah dari kalangan hambaNya adalah ulama".

 

Ilmu tidak sepatutnya digunakan untuk tujuan berjidal atau semata-mata untuk latihan mental. Ia sepatutnya diterang dan dijelas dengan penuh tawadhuk dan insaf. Dalam hadith abi Umamah yang dikeluarkan oleh imam al-tirmidhi:

 

 

"tidak sesat sesuatu kaum setelah mereka berada di jalan kebenaran melainkan didatangkan kepada mereka sikap suka berjidal".

 

Tanggungjawab terhadap ilmu.

 

Aklak salaf al-salih mereka sentiasa takut sekiranya tidak dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap ilmu. Sufyan al-thauriy pernah menyebut: "aku lebih suka sekiranya tanganku dipotong dari aku terus menulis hadith!..Subhanallah!..

 

Apa yang lebih penting dalam ilmu ialah 'amal'. Ummu al-Darda' pernah bertanya kepada seorang lelaki: "adakah kamu telah mengamalkan apa yang kamu tahu? Lelaki itu menjawab: tidak. Ummu al-Darda' mengatakan kepadanya: mengapakah kamu membanyakan hujjah Allah ke atas kamu?!..

 

Ujian orang alim.

 

Orang alim itu bukanlah hanya duduk dihadapan murid mengajarkan ilmu semata-mata. Sekalipun mereka beralasan diri mereka sebagai satu kumpulan yang tidak perlu turun berjihad seperti yang disebut di dalam surah al-taubah:

 

"(ada baiknya) jika ada satu kumpulan yang tidak keluar (berjihad) supaya mereka menuntut ilmu.."

 

Tetapi kita mesti ingat bahawa nabi juga turun berjihad sehingga patah gigi baginda.. amalan orang alim itu sentiasa berjalan selari dengan ilmunya. Dalam tempoh menuntut ilmu mereka beramal dengan ilmu tersebut.

 

Abu sa'id bin abi al-khair ketika menghadiri majlis al-syeikh ibn Ahmad al-Sarakhsi (sebutan al-Sarakhsi ialah dalam farsi manakala sebutan arab al-Sarkhasi) ketika meriwayatkan hadith:

 

"di antara kebaikan Islam seseorang ialah ia meninggalkan sesuatu perkara yang tiada kena mengena dengannya.

 

Lalu Abu sa'id bin abi al-khair berlalu meninggalkan majlis sambil berkata kepada dirinya:"cukuplah dengan satu ini untuk aku khabarkan kepada orang lain". Inilah cara dengar orang yang beruntung!

 

Golongan Terpedaya.

 

Manusia terpedaya dengan dua sebab, pertama dengan sebab keduniaan(harta dan kedudukan) dan yang kedua dengan ibtila' Allah kepada orang alim sebagai satu ujian kepada mereka.

 

Setiap golongan ada ujiannya. Golongan tasawuf ada penipu dayanya, golongan abid ada penipu dayanya, golongan kaya yang pemurah ada penipu dayanya dan golongan ulama ada penipu dayanya. Kita khususkan kepada golongan ulama (serta penuntut ilmu).

 

Imam al-Ghazali menyebut ilmu itu dua bentuk: ilmu muamalah dan ilmu mukashafah. Ramai yang mengambil berat tentang ilmu muamalah tetapi melupakan ilmu mukashafah. Ilmu muamalah ialah ilmu yang zahir dan ilmu mukashafah pula ilmu yang batin.

 

Ramai yang merasakan diri meraka tahu tetapi sebenarnya mereka tidak tahu. Ramai yang tahu tetapi tidak faham apa yang mereka tahu. Ramai yang faham tetapi mereka tidak amalkan apa yang mereka faham. Ramai yang beramal dengan apa yang mereka faham tetapi mereka tidak menghayati apa yang mereka amalkan. Ramai yang menghayati apa yang mereka amalkan tetapi amalan mereka tetap ditolak oleh Allah Taala kerana tidak menguasai ilmu mukashafah. Ilmu yang membersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah.. sifat riya', sum'ah, takabbur. Ilmu mereka adalah untuk diperdagangkan. Untuk mendapatkan sedikit balasan manusia dengan melupakan tanggungjawab mereka terhadap ilmu. Amalan mereka pula untuk dipertontonkan kepada selain Allah. Imam al-nawawi mengatakan apabila seseorang beramal kerana selain
Allah maka itu shirik, dan apabila seseorang meninggalkan sesuatu amalan kerana takut orang mengatanya maka ia riya'.. wal'iyazubillah!

 

Ramai orang ingin digelar ulama, mereka berlumba-lumba mendapatkan anak murid yang ramai, mereka merasa hasad kepada orang lain yang berjaya menyainginya. Mereka ingin berada dihadapan mengajarkan ilmu dan tidak selesa apabila berada dibelakang untuk mendengar ilmu. Sekiranya orang memuji selain daripadanya ia merasa tidak tenteram. Ia gembira apabila orang tahu bahawa dia tahu itu dan ini.. tidak lebih hanya mengejar nama dan pangkat. Inilah sifat penuntut ilmu yang tertipu..

 

Golongan yang menuntut ilmu hadith berbangga dengan sanad-sanad yang paling hampir, mereka menaqalkan dari si fulan dari si fulan tetapi terlupa untuk mengamalkannya. Golongan yang menuntut ilmu lungah berusaha memahami sedalam-dalamnya makna ayat tetapi lupa untuk menghayati maksud dan tujuan ayat tersebut. Golongan mutakallimin terus tenggelam dalam perbahasan-perbahasan yang tidak sampai untuk aqal gambarkan. Golongan faqih terus berbahas dengan hujah masing-masing tanpa memperdulikan ruh syariat… begitulah seterusnya yang berlaku kepada golongan yang terus tertipu dengan keilmuan mereka..

 

Dalam menggarap ilmu pengetahuan, kita seharusnya tahu aulawiyyat yang perlu didahulukan. Boleh kita letakan perkara rukun untuk berjaya dalam ilmu iaitu lima perkara:

 

1)      mendengar (belajar)

2)      memahami

3)      menghafal (memelihara)

4)      mengamalkan

5)      menyebarkan.

 

Yang terlebih penting dalam kelima-lima itu ialah memahami maksud dan mentadabburnya. Sekiranya kita menghilangkan salah satu dari lima perkara ini bererti kita mengabaikan tanggungjawab terhadap ilmu.

 

Ibn al-Jauziy berpesan.. tuntutlah sesuatu yang penting daripada ilmu dan ambil ilmu mengikut kadar kemampuan. Orang yang beraqal ialah orang yang pandai mengatur umurnya dan dapat beramal mengikut kesempatan umurnya. Sekiranya ia sempat sampai (tempat yang dituju) maka ia telah menyediakan bekalan (untuk akhirat), tetapi sekiranya ia mati dalam perjalanannya maka niatnya akan meneruskan perjalanannya. Umur manusia sangat pendek sedang ilmu Allah terlalu luas. Beramalah dengan apa yang ada sementara masa masih ada supaya apa yang kita kumpul selama ini tidak sia-sia.

 

Sesungguhnya kita dituntut supaya sentiasa menambahkan ilmu tetapi mesti mengambil ingat akan tipudaya-tipudaya yang bakal kita hadapi supaya kita tidak mengabaikan sesuatu yang lebih penting. Walaupun tulisan ini agak menyentak hati-hati yang begitu dahagakan ilmu, namun inilah beberapa hakikat yang diingatkan oleh ulama-ulama kita yang ana ringkaskan dari karangan mereka. Semoga menjadi peringatan buat ana dan sahabat-sahabat.

 

 

Rujukan:

Al-kashf wa al-tabyin fi ghurur al-khalq ajma'in/asnaf al-maghrurin. - (al-Imam al-Ghazaliy).

Tanbih al-mughtarin - (al-Imam al-Shacraniy)

Sayd al-Khatir - (al-Imam Ibn al-Jauziy)

 

* Artikel ni hanyalah memenuhi permintaan sahabat ana. Tidak ditujukan kepada mana-mana pihak sebaliknya ia adalah peringatan kepada diri yang jahil ini.


Posted at 02:49 am by al-kauthari
Pendapat Anda?  

Tuesday, December 05, 2006
kitab usul fiqh.. khas utk kwnku..hehe


USUL FIQH

-----------
al-risalah
imam al-shafie.

al-burhan fi usul al-fiqh
al-imam al-haramain abu al-ma'ali abd al-malik bin abd Allah bin yusuf aljuwainiy(478H)

al-mustasfa min ilm al-usul
al-imam abu hamid muhammad bin muhammad al-ghazali(505H)

al-mankhul min ta'liqat al-usul
al-imam abu hamid muhammad bin muhammad al-ghazali(505H)

al-luma' fi usul al-fiqh
al-imam abu ishaq ibrahim bin ali al-shirazi(476H)

---------


al-mahsul(talkhis kepada al-burhan dan al-mustasfa)
al-imam fakhr al-din muhammad bin umar al-husain al-razi(606H)

al-muntakhab.(mukhtasar kepada al-mahsul)
al-imam fakhr al-din muhammad bin umar al-husain al-razi(606H)

al-hasil.(mukhtasar kepada al-mahsul)
al-qadhi taj al-din muhammad bin husain al-armawi(656H)

al-tahsil min al-mahsul
siraj al-din mahmud bin abi bakr al-armawiy(682H)

tuhfah al-wasil fi sharh al-hasil.(syarah kepada al-hasil)
al-qadhi abu abd Allah al-qiftiy(736H)

-----

minhaj al-wusul ila ilm al-usul.(mukhtasar tuhfah al-wasil fi sharh al-hasil)
al-qadhi nasir al-din al-baidhawi(685H)

al-ibhaj fi sharh al-minhaj.(syarah kepada al-minhaj)
sheikh al-islam taqiy al-din ali bin abd al-kafiy al-subkiy(756H)

nihayat al-sul fi sharh minhaj al-wusul ila ilm al-usul.(syarah kepada al-minhaj)
jamal al-din bin abd rahim bin al-hasan al-isnawi(772H)

------------

jam'u al-jawami'(ditobo' dgn hashiayh al-bannaniy ala sharh jalal- al-din al-mahalliy) -ni muqarrar ukm.
taj al-din abd al-wahhab bin ali bin abd al-kafiy al-subkiy(771H)

takhrij al-furu' ala al-usul
shihab al-din mahmud bin ahmad al-zanjaniy al-shafi'e(656H)

al-tamhid fi takhrij al-furu' ala al-usul
jamal al-din bin abd rahim bin al-hasan al-isnawi(772H)

zawa'id al-usul ala minhaj al-wusul ila ilm al-usul
jamal al-din bin abd rahim bin al-hasan al-isnawi(772H)

qawa'id al-ahkam fi masalih al-anam
al-imam iz al-din abd al-aziz bin abd al-salam(660H)


-----------

perbahasan dalam usul fiqh ada dua tariq. tariq al-mutakallimin iaitu dengan melihat kepada perkara usul kemudian menyelesaikan masalah furu' dan tariq al-fuqaha'(al-hanafiyyah)- melihat masalah furu' kemudian membina usul.

sepertimana yang umum tahu, orang pertama yang menulis ttg usul fiqh ialah al-imam al-shafie dan bnyk sangat ulama dr mazhab shafie yg mengambil berat ttg ilmu usul fiqh ni seperti imam haramain, imam al-ghazali dan lain2.

kita blh bahagikan kepada beberapa period perkembangan ilmu ni berdasarkan karangan2 ulama'. dimulai pertama dgn karangan ulama'2 mutaqaddimin yang akhirnya ditalkhis oleh dua ulama besar iaitu al-imam fakhr al-razi dengan nama al-mahsul yg lebih kepada tariq al-mutakallimin dan al-imam al-amidiy dengan nama al-ihkam fi usul al-ahkam yg lebih cenderung kepada tariq al-fuqaha'. eloklah beli dua2 :)

kalu nak yg mazhab shafie punya beli la al-mustasfa imam al-ghazali.

period kedua ni bermula lah sharah, ikhtisar dan buat hashiyah kepada dua kitab tadi iaitu al-mahsul (tariq al-mutakallimin) dan al-ihkam (tariq al-fuqaha').

period ketiga bermula dengan kitab minhaj al-wusul ila ilm al-usul yg dikarang oleh imam al-baidhawi. ia merupakan ikhtisar kepada kitab yg sblmnya. ulama' pakat2 dok amik cakna pulak dgn kitab ni.. berlaku la proses mcm tadi jgk iaitu sharah, ikhtisar dan buat hashiyah. jd elok jgk cari kitab minhaj ni.. syarah dia bnyk tp yg tgk nihayah al-sul bg imam al-isnawi al-shafie. elok la beli..

kalu peringkat mubtadi' rasa2 blh beli waraqat, sharah2 serta hashiyahnya...

yg sebut kat atas tu suma kitab2 turath ulama2 dulu. yg baru mungkin tak terhingga. tp kalu nak beli kitab usul fiqh jgn tersalah beli kitab qawa'id fiqh pulak, dua perkara yang sgt jauh perbezaannya. dlm martabat ilmu2 fiqh, petama sekali ialah nas, lps tu usul fiqh, lpas tu hukum furu' fiqh dan last skali baru terbit qawa'id fiqh. tiga yg pertama adalah hujjah dan yg keempat iaitu qawa'id fiqh hanyalah qaedah untuk mengikut hukum2 furu' sahaja. kena ambik faham sbb ramai yg tercelaru antara usul fiqh dan qawa'id fiqh. wallahua'lam. smg m'jd alim :).

 

 

 


Posted at 01:07 am by al-kauthari
Pendapat Anda?  

Saturday, December 02, 2006
..

jpuukm1puukm1

wpuu1ukm1

xmukm0ukmau1


Posted at 02:38 pm by al-kauthari
Pendapat Anda?  

Saturday, August 05, 2006
FIQHIYYAT:


Pemindahan Organ.

Persoalan tentang hukum pemindahan organ telah lama dibicarakan. Semua pendapat dengan hujah masing-masing. Antara yang membenarkannya seperti Dr. Yusuf Qaradhawi dan Syeikh al-Azhar Syed Tantawi. Antara yang menharamkannya pula seperti al-Mufassir al-Sha'rawi, muhaddith al-Maghrib al-Ghumari, syekh Hasan al-Saqqaf dan lain.

Pendapat yang membolehkan berdasarkan kepada alasan dharurat dan maslahat. Pendapat yang tidak membenarkan berdasarkan surah an-Nisa' ayat 119 yang bermaksud:"mereka (syaitan) akan menyeruh mereka untuk mengubah ciptaan Allah". Ayat ini jelas menunjukkan mengubah mana-mana anggota adalah dilarang. Di dalam hadith ada menyebut Allah telah tetapkan 360 sendi dalam jasad manusia (Hadith Muslim 720). Usaha mengubahnya adalah dilarang. Juga ada riwayat menceritakan sahabat yang berhijrah untuk bertemu nabi ketika musim sejuk, ketika hijrahnya dia mengalami kesakitan yang amat sangat di jarinya sehingga memaksa dia mematahkannya. Tetapi belum sempat beliau berjumpa nabi ajal lebih mendahuluinya. Sehingga suatu hari seorang sahabatnya bermimpi bertemu dengannya lalu sahabatnya bertanya apa yang Allah tentukan kepada kamu? Dia menjawab: Alhamdulillah Allah masukkan aku ke syurga kerana niat hijrahku untuk bertemu Rasulullah. Sahabatnya bertanya lagi, tetapi mengapakah tanganmu berbalut? Dia menjawab: Ini adalah balasan Allah kepadaku kerana mematahkannya, Allah tidak mengembalikannya semula.

Bermula perbezaan pendapat ini adalah dalam menentukan adakah anggota badan manusia milik manusia (bebas menggunakannya termasuk memberikan kepada orang lain) atau hanya pinjaman sahaja. Golongan yang membolehkannya mengatakan ianya adalah pemberian Allah kepada manusia, jadi pemiliknya bebas samada hendak menggunakannya sendiri atau memberi kepada orang lain. Bagi yang mengatakan tidak boleh, mereka berpendapatan anggota badan manusia adalah pinjaman semata dan manusia diamanahkan untuk menjaganya. Manusia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Dalam membahaskan masalah dharurat, golongan yang tidak membenarkan pemindahan organ mengatakan alasan tersebut tidak boleh dipakai. Ini kerana dharurat hanya pada orang yang menerimanya sahaja, tidak pada orang yang menderma. Ini suatu noktah penting untuk difahami! Tidak ada istilah dharurat untuk orang yang ingin menderma secara suka rela. Ini bersesuaian dengan kaedah "dharurat tidak boleh dihilangkan dengan dharurat".

Menderma organ berbeza dengan menderma darah. Ini kerana darah dapat bertambah kembali. Alasan ianya najis setelah keluar dari badan terbatal apabila digunakan untuk tujuan perubatan. Ini dapat difahami apabila terdapat sahabat yang berubat dengan meminum air kencing unta.

Dalam masalah dharurat hanya terpakai apabila kewujudan anggota tersebut akan memberi mudharat yang lebih dari sebelumnya seperti kusta dan sebagainya, maka dibolehkan.

Dari apa yang saya dengar, Shaikh al-Azhar telah mewasiatkan semua anggotanya akan didermakan apabila ia meninggal nanti. Kesimpulannya, fikir dahulu sebelum menderma anggota anda, mungkin anda akan dibangkitkan dalam keadaan cacat di akhirat nanti. hehe.


Posted at 08:29 pm by al-kauthari
Pendapat Anda?  

Kongsi Raya Tak Boleh?

Kenapa masih ada lagi yang masih tidak dapat menerima kongsi raya adalah dilarang.. Kerana jahil dengan agama atau angkuh mempertahankan pendapat?Raya adalah hadiah Allah kepada umat Islam. Allah menghadiahkan umat Islam dengan dua raya iaitu raya haji dan raya puasa. Kedua-duanya merupakan ibadah. Mana mungkin ibadah umat Islam dikongsi bersama orang kafir!

Dalam raya, umat Islam disuruh membesarkan Allah Taala dengan bertakbir. Ia bersumberkan surah al-Baqarah 185 yang bermaksud:"dan supaya kamu sempurnakan bilangan dan bertakbir membersarkan Allah di atas kurniaanNya kepada kamu mudah-mudahan kamu tergolong dalam orang yang bersyukur". Raya haji diqiyaskan juga daripada ayat ini. Inilah sebenarnya pengisian raya!.

Yang menjadi kecelaruan, sesetengah orang menganggap raya ialah hari untuk bergembira semata-mata, memakai pakaian baru dan makan kuih-muih sedangkan ia terpisah dari ruh keagamaan. Kita perlu membezakan antara adat dan ibadat.

Tidak harus untuk lebih mengeratkan hubungan antara kaum lalu raya dijadikan korban. Perayaan Islam adalah untuk orang Islam. Kita tidak mahu seperti apa yang berlaku di Indonesia, atas toleransi agama lalu masjid dikongsi bersama orang kristian, hindu dan Islam.. na'uzubillah.

Sebenarnya, usaha mengeratkan hubungan kaum di Malaysia tidak perlu dikhususkan kepada hari-hari tertentu sahaja.. bahkan ianya adalah sepanjang tahun! Bermacam-macam kaedah boleh dilaksanaan seperti jamuan bersama, beriadah bersama dan lain-lain.. tidak perlu sampai ke tahap ibadat bersama!


Posted at 08:27 pm by al-kauthari
Pendapat Anda?