Pergolakan politik dunia yang melibatkan negara-negara Islam sejak akhir-akhir ini begitu menyesakkan.. sesak bagai tidak boleh berbuat apa selain berdoa. Betul kah kita tidak boleh berbuat apa-apa??.. kadang-kadang timbul kerunsingan dalam benak saya kehinaan demi kehinaan tertimpa kepada umat Islam hari ini… mengapa?
Dalam seminggu dua ni kita menyaksikan amerika yang dipimpin oleh bush sudah beralih arah ke negara Islam seterusnya.. iaitu Somalia. Begitulah tabiat syaitan durjana bush setelah menghancur dan memporak-perandakan Iraq dia terus mencari mangsa baru untuk menghancurkan negara umat Islam. Terbaru, amerika telah pun menghantar tenteranya dan melepaskan tembakan ke arah bangunan yang dituduh sebagai pusat gerakan al-Qaedah sehingga menyebabkan bebarapa penduduk terbunuh…
Saya dan anda sudah tentu tidak lupa bagaimana rentetan amerika menghancurkan negara-negara milik umat Islam. Bermula di Afghanistan, dengan dakwaan bahawa kerajaan Taliban bekerjasama dengan al-qaeda yang dipimpin oleh osama ben ladin, lalu dihantar askar-askarnya menentang kerajaan Taliban habis-habisan. Gunung-ganang habis dibom kerana didakwa tempat persembunyian ben ladin. Bin ladin tidak ditemui tetapi kerajaan Taliban runtuh yang naik memerintah hamid karzai..
Kemudian bush laknatullah alaih terus beralih ke Iraq. Dengan alasan mahu menghentikan program senjata kimia Iraq, sekali lagi kesempatan untuk menghancurkan sebuah lagi negara umat Islam digunakan sebaik mungkin. Lalu runtuhlah kerajaan Saddam yang dahulunya berdiri megah dengan kuasa kediktatorannya. Lalu naiklah kepimpinan seperti hamid karzai di Afghanistan.. pilihan amerika. Tetapi di Iraq ianya tidak bertahan lama setelah pilihanraya diadakan. Maka naik Nouri al-Maliki dengan pilihan rakyat, namun kemelut dalaman yang tidak pernah aman terus berlarutan.
Sekarang Somalia menjadi tumpuan. Apakah patut seorang yang telah kalah dalam pilihanraya sanggup meminta tolong negara jiran yang kafir untuk melawan kumpulan Islam yang memenangi pilihanraya?.. begitu teruk sekali perangai orang yang tidak inginkan Islam memerintah. Pelbagai jalan di ambil bagi menghentikan penguasaan Islam. Menurut maklumat yang saya dapat, penduduk Somalia 100% adalah beragama Islam dan mereka bermazhab Shafi'ie. Abdullahi Yusuf yang sudah pun kalah sepatutnya berundur dan memberi laluan parti pilihan rakyat untuk memerintah, tapi sebaliknya yang berlaku dia telah meminta bantuan Habsyah sebuah negara kristian untuk menyerang kumpulan Islam. Bahkan dia mengalu-alukan tanda sokongan kepada tindakan amerika yang menyerang bangunan yang didakwa milik pejuang al-Qaedah.
Kenapakah sampai bergitu sekali sikap kebanyakan pemimpin umat Islam? Kenapa mereka tidak sanggup menerima kekalahan? Sikap sebegini hanya mengundang kerugian kepada umat Islam. Kita lihat sahaja apa yang berlaku di Palestin. Mahmud Abbas yang memimpin PLO sudah 'terlupa' bidang kuasanya. Sepatutnya kerajaan Hamas pimpinan Ismail Hanieyeh yang telahpun memenangi pilihanraya layak memerintah. Yang lebih menyedihkan saya lagi apabila kerajaan kita pun tidak melayan kerajaan Hamas seperti yang sepatutnya. Suatu perjumpaan menteri-menteri luar telah dianjurkan di Malaysia tidak lama dahulu. Bagi Palestin, kedua-dua wakil Hamas dan PLO dijemput, tetapi yang diberi kesempatan berucap sebagai wakil kerajaan Palestin ialah perwakilan dari PLO, Hamas dipinggirkan.. hingga sekrang Hamas dan PLO terus bertelagah, Yahudi laknatuLlah alaihim tepuk tangan..
Islam takkan menang kalau masih ada lagi pemimpin-pemimpin seperti ini. Pemimpin sepatutnya menerima amanah sebagai satu tanggungjawab. Jika ini yang berlaku pasti tidak wujud perbalahan lagi. Ia bermula dari peringkat bawah, peringkat pemilihan. Yang di atas takkan duduk kat atas kalau orang bawah tak pilih. Dan orang yang memilih mesti tidak berganjak dari pilihannya walau apa terjadi.. Hidup mulia, mati syahid. itu pilihan kita, pilihan kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri yang dituntut oleh Islam dan mampu membawa Islam ke tempatnya.
Dalam kes Somalia, kita mengharapkan semua pemimpin umat Islam bersatu. OIC janganlah 'o…. I see' sahaja. Bertindaklah, buat sesuatu sebelum terlambat. Kita tidak mahu negara saudara kita satu persatu lebur di tangan musuh Islam. PM kita selaku presiden oic pasti membaca sepotong hadith yang bermaksud "setiap pemimpin akan di tanya tentang kepimpinannya".. kita menyokong semua tindakan yang dapat menjaga maslahah umat Islam.
kita amat menyayangi saudara-saudara seagama kita. Kita tidak rela melihat mereka dibuat sepeti barang yang tiada harganya. Mahu dibunuh lalu dibunuh begitu sahaja. Mereka adalah tanggungjawab kita.. semoga kita termasuk dalam golongan beriman. Nabi menyebut "tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"..