SeLaMat DaTang Ke SingGaHan IlMu

  -  

Aku Hamba Hina.. Mengharap Redho Tuhannya.. Jua Keampunan Dosa.. .. Cintakan aku Dengan KecintaanMu.. Kerana Itulah Yang Selayak BagiMu.. Apalah Yang Ada Padaku Melainkan Segalanya KurniaanMu


   

<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Capaian Alternatif:


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Jumlah Pengunjung



rss feed





Demi Masa!

Tafakkur..:

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan
 

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Sabda Nabi saw: "Barangsiapa yang mati sedang dia tidak pernah berperang, dan tidak pernar berbisik kepada dirinya sendiri tentangnya, sesungguhnya dia telah mati di atas salah satu cabang munafiq."
(riwayat Muslim: 1910)

Saturday, August 05, 2006
FIQHIYYAT:


Pemindahan Organ.

Persoalan tentang hukum pemindahan organ telah lama dibicarakan. Semua pendapat dengan hujah masing-masing. Antara yang membenarkannya seperti Dr. Yusuf Qaradhawi dan Syeikh al-Azhar Syed Tantawi. Antara yang menharamkannya pula seperti al-Mufassir al-Sha'rawi, muhaddith al-Maghrib al-Ghumari, syekh Hasan al-Saqqaf dan lain.

Pendapat yang membolehkan berdasarkan kepada alasan dharurat dan maslahat. Pendapat yang tidak membenarkan berdasarkan surah an-Nisa' ayat 119 yang bermaksud:"mereka (syaitan) akan menyeruh mereka untuk mengubah ciptaan Allah". Ayat ini jelas menunjukkan mengubah mana-mana anggota adalah dilarang. Di dalam hadith ada menyebut Allah telah tetapkan 360 sendi dalam jasad manusia (Hadith Muslim 720). Usaha mengubahnya adalah dilarang. Juga ada riwayat menceritakan sahabat yang berhijrah untuk bertemu nabi ketika musim sejuk, ketika hijrahnya dia mengalami kesakitan yang amat sangat di jarinya sehingga memaksa dia mematahkannya. Tetapi belum sempat beliau berjumpa nabi ajal lebih mendahuluinya. Sehingga suatu hari seorang sahabatnya bermimpi bertemu dengannya lalu sahabatnya bertanya apa yang Allah tentukan kepada kamu? Dia menjawab: Alhamdulillah Allah masukkan aku ke syurga kerana niat hijrahku untuk bertemu Rasulullah. Sahabatnya bertanya lagi, tetapi mengapakah tanganmu berbalut? Dia menjawab: Ini adalah balasan Allah kepadaku kerana mematahkannya, Allah tidak mengembalikannya semula.

Bermula perbezaan pendapat ini adalah dalam menentukan adakah anggota badan manusia milik manusia (bebas menggunakannya termasuk memberikan kepada orang lain) atau hanya pinjaman sahaja. Golongan yang membolehkannya mengatakan ianya adalah pemberian Allah kepada manusia, jadi pemiliknya bebas samada hendak menggunakannya sendiri atau memberi kepada orang lain. Bagi yang mengatakan tidak boleh, mereka berpendapatan anggota badan manusia adalah pinjaman semata dan manusia diamanahkan untuk menjaganya. Manusia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Dalam membahaskan masalah dharurat, golongan yang tidak membenarkan pemindahan organ mengatakan alasan tersebut tidak boleh dipakai. Ini kerana dharurat hanya pada orang yang menerimanya sahaja, tidak pada orang yang menderma. Ini suatu noktah penting untuk difahami! Tidak ada istilah dharurat untuk orang yang ingin menderma secara suka rela. Ini bersesuaian dengan kaedah "dharurat tidak boleh dihilangkan dengan dharurat".

Menderma organ berbeza dengan menderma darah. Ini kerana darah dapat bertambah kembali. Alasan ianya najis setelah keluar dari badan terbatal apabila digunakan untuk tujuan perubatan. Ini dapat difahami apabila terdapat sahabat yang berubat dengan meminum air kencing unta.

Dalam masalah dharurat hanya terpakai apabila kewujudan anggota tersebut akan memberi mudharat yang lebih dari sebelumnya seperti kusta dan sebagainya, maka dibolehkan.

Dari apa yang saya dengar, Shaikh al-Azhar telah mewasiatkan semua anggotanya akan didermakan apabila ia meninggal nanti. Kesimpulannya, fikir dahulu sebelum menderma anggota anda, mungkin anda akan dibangkitkan dalam keadaan cacat di akhirat nanti. hehe.


Posted at 08:29 pm by al-kauthari

  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry