Ya!! Umat Islam mesti bersatu.. sbb itulah saranan Allah dan Rasul.
Bila terkenangkan zaman kegemilangan Islam, pastinya ia sesuatu yang membanggakan. Tapi 'terkenang' saya hanya sekadar melalui gambaran buku-buku sejarah yang saya baca aja la sebab celik-celik mata tengok umat Islam dah kucar-kacir. Dulu umat Islam begitu kuat sehingga menundukan kuasa-kuasa besar dunia (rom dan parsi.. mungkin lambang kuasa timur dan barat yang sekarang ni blh kita kata amerika dan china la kot). Ke'izzah'an umat Islam ketika itu tidak ada tolok bandingnya.. namun ianya sudahpun berakhir dengan kejatuhan empayar turki othmaniyyah 1924.
Walaupun perpecahan umat Islam sudah pun berlaku sejak awal perkembangan Islam tetapi ia masih boleh dikawal hinggalah berlakunya fitnah kubra dengan Sy. Uthman r.a menjadi mangsa korban. Dan bermula dari detik itulah umat Islam terus melakar sejarah hitam dengan bercakaran sesama sendiri hingga ke hari ni. (istilah 'bercakaran' ni nampak serius skit..)
Dalam konteks kat Malaysia sendiri pun sudah cukup, kita boleh buat penilaian. Mungkin terlalu kompleks untuk dihuraikan secara ditil kesatuan yang bagaimanakah yang kita cari..Bagi saya, biarpun berbilang-bilang jamaah tetapi umat Islam harus mempunyai kesatuan hadaf dan matlamat iaitu semuanya mahu meletakan Islam yang kita cintai pada tempat yang paling tinggi dan sewajibnya perkara inilah menjadi perkara yang paling penting dari yang lain-lain. Tiada keuntungan yang mahu dikaut, tiada kedudukan yang ingin dikejar, tiada pengikut yang mahu dikumpul! Lagipun agak mustahil untuk kita gabungkan semua jamaah di Malaysia menjadi satu kerana latar belakang dan gerak kerja yang berlainan.
Dengan kesatuan umat 'berkemungkinan' Islam boleh berjaya dan dihormati (kalau tak ada faktor penghalang yang lain). Dan seperkara yang kita kena paham, kesatuan tidak bererti ramai. Sejarah membuktikan golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai. Apatah lagi kita di Malaysia yang majoritinya adalah umat Islam, berdasarkan hukum aqal daripada dalil iqtiran antara sebab dan musabab kita sepatutnya dah menang dan mampu untuk menobatkan Islam ditempat tertinggi!.. tapi apa la silapnya masih belum diketemukan.
Sejak membaca kitab karangan al-Shekh Muhammad al-Ghazali (rahimahulLah) yang bertajuk Wahdah Thaqafiyyah Baina al-Muslimin, terdetik di hati saya untuk melihat umat Islam bersatu-padu khususnya umat Islam di Malaysia.. ia pastu sesuatu nikmat yang sangat indah! Tanggungjawab memelihara dan membantu agama Islam adalah terpundak di setiap bahu umat Islam. Untuk itu setiap umat Islam wajib bersatu-padu, barulah kita mampu menjadi umat yang kuat, izzah dan dihormati…….
Posted at 02:12 am by
al-kauthari