|
Pergolakan politik dunia yang melibatkan negara-negara Islam sejak akhir-akhir ini begitu menyesakkan.. sesak bagai tidak boleh berbuat apa selain berdoa. Betul kah kita tidak boleh berbuat apa-apa??.. kadang-kadang timbul kerunsingan dalam benak saya kehinaan demi kehinaan tertimpa kepada umat Islam hari ini… mengapa? Dalam seminggu dua ni kita menyaksikan amerika yang dipimpin oleh bush sudah beralih arah ke negara Islam seterusnya.. iaitu Saya dan anda sudah tentu tidak lupa bagaimana rentetan amerika menghancurkan negara-negara milik umat Islam. Bermula di Afghanistan, dengan dakwaan bahawa kerajaan Taliban bekerjasama dengan al-qaeda yang dipimpin oleh osama ben ladin, lalu dihantar askar-askarnya menentang kerajaan Taliban habis-habisan. Gunung-ganang habis dibom kerana didakwa tempat persembunyian ben ladin. Bin ladin tidak ditemui tetapi kerajaan Taliban runtuh yang naik memerintah hamid karzai.. Kemudian bush laknatullah alaih terus beralih ke Sekarang Kenapakah sampai bergitu sekali sikap kebanyakan pemimpin umat Islam? Kenapa mereka tidak sanggup menerima kekalahan? Sikap sebegini hanya mengundang kerugian kepada umat Islam. Kita lihat sahaja apa yang berlaku di Palestin. Mahmud Abbas yang memimpin PLO sudah 'terlupa' bidang kuasanya. Sepatutnya kerajaan Hamas pimpinan Ismail Hanieyeh yang telahpun memenangi pilihanraya layak memerintah. Yang lebih menyedihkan saya lagi apabila kerajaan kita pun tidak melayan kerajaan Hamas seperti yang sepatutnya. Suatu perjumpaan menteri-menteri luar telah dianjurkan di Islam takkan menang kalau masih ada lagi pemimpin-pemimpin seperti ini. Pemimpin sepatutnya menerima amanah sebagai satu tanggungjawab. Jika ini yang berlaku pasti tidak wujud perbalahan lagi. Ia bermula dari peringkat bawah, peringkat pemilihan. Yang di atas takkan duduk kat atas kalau orang bawah tak pilih. Dan orang yang memilih mesti tidak berganjak dari pilihannya walau apa terjadi.. Hidup mulia, mati syahid. itu pilihan kita, pilihan kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri yang dituntut oleh Islam dan mampu membawa Islam ke tempatnya. Dalam kes kita amat menyayangi saudara-saudara seagama kita. Kita tidak rela melihat mereka dibuat sepeti barang yang tiada harganya. Mahu dibunuh lalu dibunuh begitu sahaja. Mereka adalah tanggungjawab kita.. semoga kita termasuk dalam golongan beriman. Nabi menyebut "tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri".. |
| Leave a Comment: |