Entry: Kongsi Raya Tak Boleh? Saturday, August 05, 2006



Kenapa masih ada lagi yang masih tidak dapat menerima kongsi raya adalah dilarang.. Kerana jahil dengan agama atau angkuh mempertahankan pendapat?Raya adalah hadiah Allah kepada umat Islam. Allah menghadiahkan umat Islam dengan dua raya iaitu raya haji dan raya puasa. Kedua-duanya merupakan ibadah. Mana mungkin ibadah umat Islam dikongsi bersama orang kafir!

Dalam raya, umat Islam disuruh membesarkan Allah Taala dengan bertakbir. Ia bersumberkan surah al-Baqarah 185 yang bermaksud:"dan supaya kamu sempurnakan bilangan dan bertakbir membersarkan Allah di atas kurniaanNya kepada kamu mudah-mudahan kamu tergolong dalam orang yang bersyukur". Raya haji diqiyaskan juga daripada ayat ini. Inilah sebenarnya pengisian raya!.

Yang menjadi kecelaruan, sesetengah orang menganggap raya ialah hari untuk bergembira semata-mata, memakai pakaian baru dan makan kuih-muih sedangkan ia terpisah dari ruh keagamaan. Kita perlu membezakan antara adat dan ibadat.

Tidak harus untuk lebih mengeratkan hubungan antara kaum lalu raya dijadikan korban. Perayaan Islam adalah untuk orang Islam. Kita tidak mahu seperti apa yang berlaku di Indonesia, atas toleransi agama lalu masjid dikongsi bersama orang kristian, hindu dan Islam.. na'uzubillah.

Sebenarnya, usaha mengeratkan hubungan kaum di Malaysia tidak perlu dikhususkan kepada hari-hari tertentu sahaja.. bahkan ianya adalah sepanjang tahun! Bermacam-macam kaedah boleh dilaksanaan seperti jamuan bersama, beriadah bersama dan lain-lain.. tidak perlu sampai ke tahap ibadat bersama!

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments