|
Persoalan tentang hukum pemindahan organ telah lama dibicarakan. Semua pendapat dengan hujah masing-masing. Antara yang membenarkannya seperti Dr. Yusuf Qaradhawi dan Syeikh al-Azhar Syed Tantawi. Antara yang menharamkannya pula seperti al-Mufassir al-Sha'rawi, muhaddith al-Maghrib al-Ghumari, syekh Hasan al-Saqqaf dan lain. Pendapat yang membolehkan berdasarkan kepada alasan dharurat dan maslahat. Pendapat yang tidak membenarkan berdasarkan surah an-Nisa' ayat 119 yang bermaksud:"mereka (syaitan) akan menyeruh mereka untuk mengubah ciptaan Allah". Ayat ini jelas menunjukkan mengubah mana-mana anggota adalah dilarang. Di dalam hadith ada menyebut Allah telah tetapkan 360 sendi dalam jasad manusia (Hadith Muslim 720). Usaha mengubahnya adalah dilarang. Juga ada riwayat menceritakan sahabat yang berhijrah untuk bertemu nabi ketika musim sejuk, ketika hijrahnya dia mengalami kesakitan yang amat sangat di jarinya sehingga memaksa dia mematahkannya. Tetapi belum sempat beliau berjumpa nabi ajal lebih mendahuluinya. Sehingga suatu hari seorang sahabatnya bermimpi bertemu dengannya lalu sahabatnya bertanya apa yang Allah tentukan kepada kamu? Dia menjawab: Alhamdulillah Allah masukkan aku ke syurga kerana niat hijrahku untuk bertemu Rasulullah. Sahabatnya bertanya lagi, tetapi mengapakah tanganmu berbalut? Dia menjawab: Ini adalah balasan Allah kepadaku kerana mematahkannya, Allah tidak mengembalikannya semula. Bermula perbezaan pendapat ini adalah dalam menentukan adakah anggota badan manusia milik manusia (bebas menggunakannya termasuk memberikan kepada orang lain) atau hanya pinjaman sahaja. Golongan yang membolehkannya mengatakan ianya adalah pemberian Allah kepada manusia, jadi pemiliknya bebas samada hendak menggunakannya sendiri atau memberi kepada orang lain. Bagi yang mengatakan tidak boleh, mereka berpendapatan anggota badan manusia adalah pinjaman semata dan manusia diamanahkan untuk menjaganya. Manusia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Dalam membahaskan masalah dharurat, golongan yang tidak membenarkan pemindahan organ mengatakan alasan tersebut tidak boleh dipakai. Ini kerana dharurat hanya pada orang yang menerimanya sahaja, tidak pada orang yang menderma. Ini suatu noktah penting untuk difahami! Tidak ada istilah dharurat untuk orang yang ingin menderma secara suka rela. Ini bersesuaian dengan kaedah "dharurat tidak boleh dihilangkan dengan dharurat". Menderma organ berbeza dengan menderma darah. Ini kerana darah dapat bertambah kembali. Alasan ianya najis setelah keluar dari badan terbatal apabila digunakan untuk tujuan perubatan. Ini dapat difahami apabila terdapat sahabat yang berubat dengan meminum air kencing unta. Dalam masalah dharurat hanya terpakai apabila kewujudan anggota tersebut akan memberi mudharat yang lebih dari sebelumnya seperti kusta dan sebagainya, maka dibolehkan. Dari apa yang saya dengar, Shaikh al-Azhar telah mewasiatkan semua anggotanya akan didermakan apabila ia meninggal nanti. Kesimpulannya, fikir dahulu sebelum menderma anggota anda, mungkin anda akan dibangkitkan dalam keadaan cacat di akhirat nanti. hehe. |
| Leave a Comment: |